Thursday 5 May 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

“Menyatakan Perasaan Cinta“

















Denyut nadi yang mendetak dari jantung ini,
tak lagi beraturan seperti biasanya..
yang ku rasa semua mulai berbeda..
karna di setiap langkahku,
ku utarakan namamu..
dan tiap kali aku berhenti,
ku bayangkan wajahmu ..
Tak pernah lepas hayalku mengikat seluruh tubuh ini..
agar tidak meninggalkanmu..
karna di seluruh jiwa dan ragaku,
telah ku ukir indah namamu..
yang pada saat itu pula,
membuat lengkung senyum di bibirku..
Seandainya kau tau hidupku ini,
hanyalah sebatas rindu padamu..
mungkin saja kau kan menoleh padaku..
dan membuka jalan menuju hatimu..
namun inilah aku..
yang tak mampu berkata untuk menjelaskan isi hati ku ..

“Kamu dan Aku”

Kalau pijakmu jengah maka aku terbang saja.
Kalau aku awan dan kalau saja kamu bintang,
Maka layaknya sihir, lebih baik langit melenyap.
Karna lalu buat apa ada renggang di antara jariku.
Buat apa dicipta hati yang luas,
Kalau bukan jadi tempatmu mengadu.
Karna lalu buat apa ada dua.
Kalau yang ada hanya aku.
Dan di sisi yang lain hanya ada kamu.
Jadi di sinilah kita, di satu peraduan yang sama.
Belajar tertawa, belajar menangis.
Belajar mengajar, belajar mendengar.
Di sinilah kita Belajar Cinta.

Wednesday 4 May 2011

Hari ini satu kepastian





Kita selalu mendengar tentang sebaris ayat yang menyatakan ........

Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan.

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam esok dan hari ini, perjalanan takdir ini perlu diteruskan tanpa rasa sesal. Setiap insan yang lahir ke dunia ini pasti akan memliki kisah suka dan duka malah banyak juga peristiwa yang belaku tanpa diduga. Jadi wajarlah kita berdepan dengan kehidupan ini dengan kesungguhan dan kurdrat yang ada.

Jika kita hidup tanpa emosi ibarat kehidupan ini hanyalah seperti sebuah graf yang mendatar tanpa ada turun dan naik. Saya pecaya dalam percaturan dunia ini, tidak ada insan yang hidupnya tidak pernah rasa kecewa, sedih dan dikhianati. Malah pada masa yang sama tidak ada manusia yang tidak pernah melalui saat -saat bahagia dan mengembirakan.

Ini adalah kerana perasaan yang terbit dari hati kita adalah dari naluri yang kita cipta. Apa yang membuatkan kita gembira tidak semestinya menjadi punca kegembiraan kepada orang lain begitulah juga rasa sedih yang kita rasa mungkin tidak menjadi apa- apa bagi orang lain.

Jadi setiap orang mempunyai landasan kehidupan mereka sendiri yang perlu dilalui.Jika tidak mana mungkin wujudnya ketawa dan air mata, suka dan duka, kaya dan miskin, dosa dan pahala, bahagia dan menderita.